

CIKGU (B) HJ. MAD YATIM BIN HJ. ABU SAMAH

Latar Belakang Pengerusi BAKUN
Nama diberi Mad Yatim bin Abu Samah lebih dikenali sebagai 'Pak Ngah', beliau dilahirkan pada 13 Ogos 1955 di Daerah Ulu Jempol, Negeri Sembilan. Mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak, 3 orang menantu dan 9 orang cucu. Beliau adalah seorang pesara guru sekolah. Selepas bersara beliau telah membuka satu pernigaan pada tahun 1993. Perniagaan pertama yang diceburi oleh beliau ialah sebuah perniagaan pemborong alat tulis di daerah Kulim, Kedah. Apabila telah lama didalam perniagaan tersebut beliau telah membuka satu lagi perniagaan iaitu beliau telah mengusahakan air penawar pondok yang merupakan penawar kesihatan yang mendapati air tersebut merupakan air yang telah dibaca surah al-fatihah, surah Yassin dan Surah-surah yang terpilih. Alhamdulillah perniagaannya juga berjaya. Selepas mengusahakan air penawar pondok itu beliau ingin berbakti kepada anak-anak yatim dan miskin. Sejak dari hari itu, beliau telah membina satu pertubuhan untuk membantu anak-anak yatim dan miskin ini. Kini beliau telah mempunyai seramai 50 orang anak yatim dan miskin.
Semoga usaha dan pengorbanan beliau dirahmati ALLAH s.w.t.
Kata-kata Aluan Dari Pengerusi
Assalamualaikum w.b.t,
Saya Cikgu (B) Hj. Mad Yatim bin Abu Samah adalah seorang pesara guru yang kini aktif sebagai Pengerusi BAKUN (Pertubuhan Bakti Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Mukminun Daerah Kulim). Aktivitis teras yang menyantuni anak yatim dan miskin ini melalui aktiviti mingguan iaitu :
-
Usrah Mingguan
-
Majlis Berbuka Puasa
-
Majlis Ziarah dan Silaturahim
-
Menghadiri bacaan Yasin
-
Lawatan Sambil Belajar
-
Menghadiri Jemputan Kenduri muslim prihatin anak yatim dan miskin
-
Karnival Rakan Masjid
-
Rehlah dan Ziarah pesakit di Hospital
-
Sambutan Perayaan (Aidilfitri, Aidiladha, Awal Muharam dan Maulidur Rasul)
Untuk maklumat anda semua, kami bergiat sekadar menumpang disana sini kerana kami belum mampu untuk mewujudkan asrama atau kompleks rumah anak yatim dan miskin. Kami lebih fokus kepada pancing daripada beri ikan sahaja untuk memantapkan jati diri anak-anak yatim itu.
Antara aktiviti rutin yang dijalankan adalah melaksanakan kempen pakej jualan amal yang bergerak setiap hari jumaat dari masjid ke masjid dengan penglibatan beberapa ibu tunggal bersama anak-anak mereka. Disini suatu latihan amali berdikari melalui aktiviti perniagaan dapat menimbulkan rasa minat berniaga dikalangan anak-anak yatim yang terlibat. InsyaALLAH dapat memperkasakan penghayatan sunnah Rasulullah s.a.w dalam bidang perniagaan.
Melalui program-program yang diusahakan diharapkan amali itu dapat dibentuk dan dipupuk semangat sukarelawan dikalangan mereka sejak di alam kanak-kanak. Manakala bagi anak-anak yang telah meningkat remaja atau akhil baligh masih ditawarkan mengikut aktiviti anjuran BAKUN dengan diberikan peranan sebagai sukarelawan remaja BAKUN untuk membantu melancarkan perlaksanaan program yang telah dirancang.
Diharapkan melalui program menyantuni anak-anak yatim secara SANTAI (Santuni Anak Yatim dan Miskin Tanpa Imbuhan) ini dapat menyumbang kearah memupuk dan memperkasakan jati diri semua pihak yang terlibat.
InsyaALLAH....
Cikgu (B) Haji Mad Yatim b. Hj. Abu Samah