


BAKUN
Pengenalan

"Prihatin kepada anak-anak yatim dan orang miskin adalah suatu amalan yang tinggi darjatnya disisi Allah s.w.t." (surah Al-Balad : 12-16)
Pertubuhan Bakti Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Mukminun (BAKUN) adalah NGO yang aktiviti terasnya menyantuni 42 orang anak yatim dan miskin yang masih tinggal bersama dengan keluarga masing-masing di sekitar Kulim dan Sg.Kob Kedah. BAKUN menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup dibawah panduan Al-Quran.
BAKUN, singkatan bagi Bakti Kebajikan Nun adalah merupakan sebuah lembaga pemegang amanah yang ditubuhkan pada 10 April 2007, yang menumpukan usaha untuk menyemai dan menyegarkan kembali semangat umat Islam dengan membawa semua menghayati, mencintai dan seterusnya hidup di bawah panduan Al-Quran.
MISI
1. MENYUBURKAN KEILMUAN Membudayakan majls ilmu di kalangan masyarakat setempat, khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al-Quran menerusi kuliah mingguan dan pengedaran risalah ilmiah.
2. MEMBUDAYAKAN INFAQ Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar-pelajar agama terutamanya anak yatim yang memerlukan serta sekolah agama menerusi jualan amal.
3. MENYUNTIK MOTIVASI Mengangkat martabat generasi muda Islam terutamanya anak yatim menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni.



Objektif BAKUN
1. MENYUBURKAN KEILMUAN
Membudayakan majlis ilmu dikalangan anak yatim & miskin dalam dan luar negara, Khususnya mendalami dan menjiwai mukjizat Al- Quran, menerusi kuliah mingguan, kem ibadat Maahad dan kem motivasi Cemerlang Minda (CERMIN).
2. MEMBUDAYAKAN INFAQ
Mengumpul dan menyalurkan bantuan dana kepada pelajar- pelajar dan anak yatim dalam dan luar negara yang memerlukan serta pembinaan surau, masjid dan sekolah agama rakyat, menerusi jualan amal.
3. MENYUNTIK MOTIVASI
Mengangkat martabat generasi muda Islam menerusi majlis kerohanian, kem motivasi dan kempen gaya hidup murni di kalangan anak yatim dan miskin serta memupuk, menghayati dan mengamalkan budaya menuntut ilmu sepanjang hayat.
"Maksud hadis : Mereka yang baik adalah orang yang banyak memberikan manfaa kepada umat"
Aktiviti kebajikan sampingan
1. WAKAF AL-QURAN
Alhamdulillah sejak 3 tahun lepas lebih 3,000 naskah Al-Quran telah dapat dibahagi-bahagikan kepada SAR di seluruh negara dan ke GAZA hasil sumbangan warga Malaysia yang prihatin. Jasamu tetap dikenang dan mudah-mudahan menjadi amal soleh kepada dermawan yang berkesan.
2. QURBAN DI KEMBOJA
Alhamdulillah, dilaksanakan pada 2009 dan pada tahun lepas lebih 50 umat prihatin mengambil bahagian. Mudah-mudahan pada masa mendatang penyertaan berganda-ganda lagi.
MAKLUMAT
Anak yatim ini dikumpulkan dari 6 buah taman perumahan dan 3 kampung di sekitar bandar Kulim. Tawaran adalah dibuka kepada semua dermawan prihatin anak yatim untuk membantu BAKUN dengan cara anda menyalurkan:
1. Zakat
2. Sedekah
3. Fidyah
4. Nazar
5. Barangan terpakai